Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 14 Ogos 2011

Renungilah....

Rajin bercakap,rajin bekerja - Bagus

Rajin bekerja, malas bercakap - Kena buli

Malas bekerja,rajin bercakap - Wayang Cina

Malas bekerja, malas bercakap - Tak guna

Malas bekerja, selalu ponteng - Baik berhenti

Malas bekerja, selalu menyibuk - Baik mati

Renungkanlah diri anda berada di titik yang mana


Seperti dalam blog Bahasaku Global Bangsaku Glokal.

Imbuhan apitan ke…an


Membentuk kata kerja pasif.

Kata kerja: Kecurian

Kedengaran

Kelihatan

Ketinggalan


Kata adjektif:

Kepanasan

kedinginan

kesempitan

kedukaan


Kata nama:

kehujanan

kecinaan

kebaratan

Gunakan yang betul

Memperlahankan atau memperlahan.

memperlahankan adalah betul kerana kata dasar bagi kata memperlahan ialah perlahan(KA).Kata ini terbit daripada proses imbuhan meN-..kan.

Memperkasakan atau memperkasa.

memperkasakan adalah betul kerana kata dasarnya ialah perkasa(KA). yang menerima imbuhan apitan meN-…kan

Apitan mempeR-…i

oBeberapa perkataan yang boleh menerima apitan mempeR-…i iaitu:

memperingati, memperkawani, mempersuami, mempersuami.


oKesalahan penggunaan apitan mempeR-..i iaitu:

oMemperolehi sepatutnya memperoleh
omemperbaiki sepatutnya memperbaik
omemperkuasai sepatutnya menguasai
omemperakui sepatutnya mengakui/memperakukan
omempersetujui sepatutnya menyetujui
omemperhalusi sepatutnya menghalusi

Sebab kesalahan:

Penggunaan unsur lewah bagi kata berimbuhan mempeR-…i

Apitan mempeR-…i

oBeberapa perkataan yang boleh menerima apitan mempeR-…i iaitu:

memperingati, memperkawani, mempersuami, mempersuami.


oKesalahan penggunaan apitan mempeR-..i iaitu:

oMemperolehi sepatutnya memperoleh
omemperbaiki sepatutnya memperbaik
omemperkuasai sepatutnya menguasai
omemperakui sepatutnya mengakui/memperakukan
omempersetujui sepatutnya menyetujui
omemperhalusi sepatutnya menghalusi

Sebab kesalahan:

Penggunaan unsur lewah bagi kata berimbuhan mempeR-…i

Perbezaan antara mempeR- dengan mempeR-…kan

mempeR + KA = maksud menjadi lebih atau bertambah


Contoh: memperbesar = menjadikan lebih besar/bertambah besar

memperindah = menjadikan lebih indah/bertambah indah


Kesalahan bahasa:

memperbesarkan., memperluaskan,memperkemaskan tidak tepat kerana apitan mempeR-..kan/i tidak boleh digunakan untuk kata adjektif.


Kata nama yang menerima imbuhan mempeR- dan mempeR-..kan:

hamba: memperhamba = menjadikan seseorang seperti hamba

memperhambakan = menjadikan diri sendiri seperti hamba kepada seseorang

isteri: memperisteri = menjadikan seseorang sebagai isteri(berkahwin)

memperisterikan = menjadikan seseorang itu beristeri(mengahwinkan)

Suami: mempersuami =menjadikan seseorang itu suami(berkahwin (dengan)

mempersuamikan = menjadikan seseorang itu beristeri(mengahwinkan)

Apitan mempeR-…kan

Membentuk kata kerja transitif.

Aspek makna apitan mempeR-.kan

1.Pengertian kausatif,iaitu menjadikan atau menyebabkan,contoh:

mempertemukan =menyebabkan bertemu

mempersatukan = menyebabkan bersatu


2.Menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja, contoh:

memperdengarkan =menyebabkan orang mendengar

mempersembahkan = menyebabkan orang menonton persembahan


qMembentuk kata kerja transitif.

Aspek makna apitan mempeR-.kan

1.Pengertian kausatif,iaitu menjadikan atau menyebabkan,contoh:

mempertemukan =menyebabkan bertemu

mempersatukan = menyebabkan bersatu

2.Menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja, contoh:

memperdengarkan =menyebabkan orang mendengar

mempersembahkan = menyebabkan orang menonton persembahan



KESALAHAN PENGGUNAAN APITAN beR-..kan dan beR-..an.

Penggunaan kata ganda dan kata kerja berimbuhan beR-,,an yang membawa maksud jamak:


1.Kelawar-kelawar bergayutan pada dinding gua.

2. Lampu-lampu bergantungan di kiri dan di kanan jalan raya.

3. Bendera-bendera berkibaran sempena sambutan Bulan Kemerdekaan .

4. Sampah-sarap berselerakan kerana dipunggah oleh anjing liar.


Sebab kesalahan: kata kerja berimbuhan beR-..an membawa maksud jamak dan bersaling, dengan kata nama sebagai subjek tak perlu digandakan.

KATA KERJA BERAPITAN beR-..kan

Prinsip: beR-..kan + kata nama (pelengkap)

: akhirankan sudah membawa maksud tentang/kepada


Contoh: Pengemis tidur berbantalkan lengan

Mereka berjalan berpandukan cahaya bulan.

Pengemis itu tidur bertilamkan rumput

.

Kesalahan bahasa:


Polis bertindak berdasarkan kepada maklumat orang ramai.

Meja makan itu beralaskan dengan kain bercorak.

Hujahnya berdasarkan kepada fakta


Sebab kesalahan:

Kata kerja berapitan beR-..kan mesti diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap,bukan kata-kata yang lain.


.