mempeR + KA = maksud menjadi lebih atau bertambah
Contoh: memperbesar = menjadikan lebih besar/bertambah besar
memperindah = menjadikan lebih indah/bertambah indah
Kesalahan bahasa:
memperbesarkan., memperluaskan,memperkemaskan tidak tepat kerana apitan mempeR-..kan/i tidak boleh digunakan untuk kata adjektif.
Kata nama yang menerima imbuhan mempeR- dan mempeR-..kan:
hamba: memperhamba = menjadikan seseorang seperti hamba
memperhambakan = menjadikan diri sendiri seperti hamba kepada seseorang
isteri: memperisteri = menjadikan seseorang sebagai isteri(berkahwin)
memperisterikan = menjadikan seseorang itu beristeri(mengahwinkan)
Suami: mempersuami =menjadikan seseorang itu suami(berkahwin (dengan)
mempersuamikan = menjadikan seseorang itu beristeri(mengahwinkan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan