Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 14 Ogos 2011

PROSES TRANSFORMASI IMBUHAN Men-kan DAN Men -i

1.meN-..kan = apa kepada siapa(objek tak bernyawa)

meN-..i = siapa , apa(objek bernyawa)


1.menghadiahi adik sebuah basikal

menghadiahkan sebuah basikal kepada adik


2. mengajar pelajar mata pelajaran Matematik

mengajarkan Matematik kepada pelajar


3. mengirimi Suzana sepucuk surat

mengirimkan sepucuk surat kepada Suzana


4. menganugerahi pembesar pingat kebesaran

menganugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar


5. menghutangi mereka wang

menghutangkan wang kepada mereka


6. menjatuhi pesalah hukuman bunuh

menjatuhkan hukuman kepada pesalah


7. En. Ghafar menasihati pelajar supaya berkelakuan baik

En. Ghafar menasihatkan perkara itu kepada pelajarnya

2.meN = subjek yang bergerak(apa?.....untuk/kepada...siapa?)

meN-kan = objek tak bergerak(benefaktif)( siapa?.......apa?)



1. Saya akan membuat secawan kopi untuk ayah

Saya akan membuatkan ayah secawan kopi


2. Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik.

Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung.


3. Azman mencari ubat sakit pinggang untuk Pak Badar.

Azman mencarikan Pak Badar ubat sakit pinggang


4. Aminah menyuntik kucing ubat bius.

Aminah menyuntikkan ubat bius kepada kucing


5 Ahmad membeli sebuah buku untuk Nabila.

Ahmad membelikan Nabila sebuah buku


6. Asraf membaca sepucuk surat untuk nenek

Asraf membacakan nenek sepucuk surat.


3.meN-i = subjek bergerak

meN-kan = objek bergerak


1. Banjir menenggelami rumah-rumah di taman itu.

Banjir menenggelamkan rumah-rumah di taman itu.

2. Azhar melayari samudera.

Azhar melayarkan perahu kertas di kolam.


3. Anggota bomba menaiki tangga untuk ke tingkat dua.

Anggota bomba menaikkan tangga ke tingkat dua

.

4. Kerongsang mutiara menghiasi tudung Pn. Hasnah.

Pn.Hasnah menghiaskan kerongsang pada tudungnya


Kesalahan penggunaan imbuhan meN-i di tempat meN-kan


1. Badan Amal itu membantu kanak-kanak miskin dengan memberi keperluan asas

kepada mereka.(memberikan)

2. Pihak polis telah menemui mayat di Ladang getahGuthrie.(menemukan)

3. Pihak TV3 memberi bantuan kepada mangsa tanah runtuh.((memberikan)

.

Kesalahan penggunaan imbuhan menN-kan di tempat meN-.

1. Hanifah sedang mengambilkan air untuk ibunya

2. Ibu sedang menjahitkan baju untuk adik


NOTA:

meN..i-

- digunakan apabila bertemu dengan kata nama hidup (bernyawa)

- digunakan untuk menunjukkan apabila subjek bergerak

- digunakan apabila perkara tersebut jatuh pada subjek

meNkan

- digunakan apabila bertemu dengan kata nama tidak hidup(benda,perkara)
- digunakan untuk menunjukkan objek bergerak










Tiada ulasan:

Catat Ulasan